Google

Saturday, March 3, 2007

E-Gold's Market

The market for goods and services sold across the Internet is large and growing.
Receiving or making payment, however, can be a problem. e-gold solves the
problem. 100% backed by gold bullion e-gold is truly global, minimizes exchange
risk, and meets the demands of Internet payments:



  • Finality of payment, no chargebacks.

  • Payments are bi-directional allowing interactive service payment

  • The system is robust, efficient, and secure

  • Merchant interfaces are easy to implement

  • Transaction costs are low


e-gold, operational since 1996, has users in over 165 countries and has
settled over 45 million payments. There is over $30 million worth of e-gold in
circulation supporting an annual transaction volume exceeding $1 billion (USD-equivalent).

Cerita Menarik Tentang Blog

Ada berita menarik lagi tentang blog :D nak tahu? Ini dia:

1. Istilah blog telah dipilih sebagai istilah yang paling popular bagi tahun 2004 di US. Penerbit kamus terkemuka iaitu Merriam-Webmaster melaporkan bahawa istilah ini merupakan istilah yang paling banyak dicari dan diberi penerangan tentangnya sepanjang tahun 2004. Istilah blog dikatakan terdapat dalam kamus keluaran penerbit berkenaan untuk versi 2005. Satu lagi penerbit kamus terkenal iaitu Oxford English Dictionary telahpun memasukkan istilah blog dalam kebanyakkan versi terbitanya semenjak tahun 2003. Istilah yang dimasukkan ialah seperti weblog, weblogging dan weblogger.

2. Menurut satu syarikat penganalisis blog iaitu Techonarati, bilangan blog dan blogsphere adalah meningkat dua kali ganda untuk tempoh 5 bulan. Syarikat berkenaan turut menjangkakan bahawa jumlah blog di Internet telah melebihi 4.8juta.

3. Sementara itu, kajian Pew Internet & American Life, sebuah syarikat penyelidikan yang berpengkalan di US pula mendapati pada setiap 5..8 saat pasti ada blog baru yang dibangunkan.

4. Sebelum blog dikatakan popular seperti sekarang, komuniti internet dikatakan menggunakan saluran seperti Usenet, papan bulletin, dan mailing list untuk menyuarakan pandangan atau komen.

5. Disebabkan blog semakin popular dikalangan pengguna Internet, baru-baru ini, Microsoft menerusi bahagian MSN Internet telah melancarkan perkhidmatan blog terkini yang dikenali dengan nama MSN Spaces. Selain daripada MSN Spaces, perkhidmatan blog yang terlebih dahulu mendapat tempat dalam kalangan pengguna Internet ialah seperti LiveJournal, AOL Journals, TypePad dan Blogger.

Apa itu “Technorati”?

Jika Google dan Yahoo terkenal sebagai enjin pencari internet. Technorati pula lebih dikenali sebagai enjin pencari khusus untuk blog. Sehingga Disember 2006, index Technorati telah mencecah lebih 50 juta weblogs.

Technorati ditemui oleh Dave Sifry yang berpengkalan di San Francisco, California, USA.
dan pernah memenangi anugerah SXSW 2006 untuk Pencapaian Teknikal dan Persembahan terbaik.

Bagi anda yang telah membina blog bolehlah “claim” blog anda di Technorati Signup dengan “claim” itu nanti blog anda akan lebih mudah untuk dijumpai oleh pelayar-pelayar internet sekaligus meningkatkan lagi traffik anda.

Apa Itu Blog?

Tentu masih ramai di antara kita yang tidak tahu apa itu blog. Blog adalah satu medium seperti web yang berbentuk seperti “journal style” dan di paparkan secara kronologikal. Kronologikal pula bermaksud di susun mengikut masa terdahulu hingga ke masa terkini.

Kebanyakkan blog terdiri daripada beberapa subjek-subjek yang khusus seperti makanan, politik, fesyen, hiburan, tip-tip, berita hangat dan sebagainya. Selain itu, ramai juga yang gemar menggunakan blog untuk menulis diari secara online.

Di antara ciri-ciri blog ialah:

  1. Mempunyai teks
  2. Mempunyai gambar
  3. Mempunyai link ke blog-blog lain, web page, dan sebagainya.

Kelebihan atau tarikan blog berbanding web page biasa ialah pelawat/pembaca boleh meninggalkan komen atau pendapat mereka bagi setiap post. Secara tidak langsung ini menjadi tarikan bagi seseorang pelawat untuk kembali melawat blog itu. ( Test la kalau tak percaya anda boleh tinggalakan komen bagi post ini ;) klik jer comment)

p/s: Nama “Blog” adalah singkatan bagi “Web log”.

Google Adsense Yang Biasa

Assalamualaikum dan salam Sejahtera......

Waktu mula-mula berjinak dengan internet memang niat nak buat duit lebih sikit, yelah...semua tahu kan mana cukup-cukup duit ni...tapi kena bersyukur selalu dengan apa yang ada...kemudian dalam pencarian nak buat duit dengan internet ni...terjumpalah dengan Google Adsense...ramai jugak yang dah biasa dengan Adsense...buat dengan click je...siapa yang rajin dapatlah duit lebih sikit...siapa yang kurang rajin jadilah macam saya...sikit-sikit je makan...tapi bolehlah...Adsense ni bukanlah pelaburan ke ape ke...tapi mana-mana individu yang ada website atau blog mesti ada adsense ni...kira duit tambahan la...kalau nak cuba click banner di bawah :

Siapa yang nak join adsense, kat sini Eppy senaraikan langkah-langkah yang mudah untuk difahami

-register di www.blogger.com
-post apa-apa article BI/BM yang berkualiti,
-ada tab untuk apply adsense
-masukkan detail dan biasanya dlm 1-2 hari akan dapat email dan approve kalau layak.
-selepas itu, bila dah dapat akaun, bolehlah teruskan tanpa modal dengan menulis blog (blogger/typepad/etc).
-kalau nak advance, beli hosting dan domain dan buka website berdasarkan niche sendiri. ini penting, kalau kena ada minat nak buka website type apa...sport etc.
-jangan sesekali klik sendiri atau minta orang lain atau kawan-kawan klik.
-bua dengan tenang dan rileks, kena buat banyak eksperimen untuk dptkan hasil terbaik.
-jangan cepat mengalah
-akan dapat income berdasarkan pay per clik dan rate keyword tu.

Click Banner Dibawah:

Sedikit Penerangan Ringkas pasal Adesense. Petikan dari Buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” terbitan PTS PROFESSIONAL

Berniaga tanpa Produk

Internet menjanjikan peluang perniagaan yang terbuka luas kepada anda sehinggakan tanpa produk pun anda dapat menghasilkan wang. Bunyinya agak janggal tetapi, itulah kehebatan internet. Mari kita teliti bagaimana caranya mengahasilkan wang tanpa memerlukan produk.

Google Adsense

Dengan hanya meletakkan iklan-iklan google di laman web anda klik pada iklan itu. Bukan itu sahaja, apabila anda turut meletakkan enjin pencari Google di laman web anda dan pelawat mengunakanya bagi mencari apa jua bentuk informasi dan apabila mereka klik pada iklan-iklan Google dalam web carian itu, anda turut mendapat wang.

Itu lah kehebatan Google Adsense, kaedah mudah kepada pemilik laman web bagi mendapatkan pendapatan iklan daripada setiap muka laman web dengan mendaftarkan secara percuma di www.google.com/adsense . Cukup mudah, anda hanya perlu mengisi segala maklumat pada borang yang disediakan. Selang bebarapa hari kemudian, permohonan anda diluluskan dan anda sudah boleh bagi meletakkan iklan-iklan Adsense di website anda. Copy sahaja kod HTML yang diberikan dan tampalkan ke laman web anda. Menariknya, selepas itu anda tidak perlu mengambil tahu iklan itu kerana sebarang perubahan diuruskan pihak Google. Anda hanya boleh menukarkan corak iklan seperti pemilihan warna bergantung pada cita rasa yang anda fikir mampu menawan pelawat laman web anda supaya klik pada iklan tersebut.

Ok...so macam mana mudah kan...segera pergi lihat laman web rasmi Google Adsense...klik kat bawah..